V8MWI

 

V8MWZ

antena3.jpg 

+ Menu +

 Apa Dia Radio Amatur ?

Bagaimana Menjadi Ahli

Q Code

 CallSign

International Callsign Prefixes

Photo Album

Signal Report

 

+Link+

 V85BS

 9M6RAC (Sabah)

Malaysian Amateur Radio Transmitters' Society

 

Guestbook!

  

Rate this site!

Web link

 

RADIO LINK

 

9K2HN

 

Nazurah & Khaizuran

 

Mamek

Mac

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

+++ DARI VICTOR EIGHT MIKE WHISKEY INDIA +++  " V8MWI "  +++

 

 TO

[email protected]

 My Web Pages

 

 

Isnin , Januari 14th 2002 11:55PM

Syukur alhamdulilah berkat kesebaran pada 14 Januari V8MWI mendapat lesen yang di iktiraf oleh Jabatan Telekom Brunei. V8MWI sekali lagi memanjatkan syukur kepada Allah S.W.T. V8MWi ialah satu call sign untuk berkemunikasi di udara (QSO) melalui gelombang VHF 144 - 148MHZ.

Insyallah laman ini akan memberi info tentang Radio Amatur yang ada di Negara Brunei Darussalam dan khususnya aktiviti yang dibuat oleh V8MWI. Secara tidak langsung untuk memperkenalakan kepada masyarakat kita tentang HOBI ini dan sedikit sebanyak memberi garis pandu terhadap tatacara berkomunikasi diruang udara. Radiokomunikasi Amatur ini adalah satu bidang dalam bentuk perhubungan-perhubungan dibuat dalam bentuk HOBI kegemaran yang saintifik untuk tujuan latihan, perhubungan dan kajian persefahaman dan saling bantu-membantu hormat-menghormati dalam memperkembangkan pembelajaran dalam bidang radio komunikasi baik dari dalam mahupun dari luar negara sahaja ianya bukan kegunaan atas PERSENDIRIAN atau PERNIAGAAN dll.

 

  

 

Apa dia Radio amatur

 

Terdapat kira-kira lebih seratus lima puluh operator-operator yang berlesen di Negara Brunei Darussalam yang boleh mengandalikan (operate) radio-radio amatur. Mereka adalah terdiri dari berbagai profesyen, dan pegangan ugama serta kepercayaan dan lain-lain.

Mereka ini dapat berkongsi dengan lebih dari dua juta amatur amatur yang ada diseluruh dunia ini, yang mana juga dari berbagai lapisan masyarakat, lapisan peringkat umur, berbagai profesyen, dan pegagan ugama serta kepercayaan bahkan ada diantara terdiri dari ahli anggota yang kurang upaya seperti cacat penglihatan dan anggota.

Operator-operator yang mengendalikan radio amatur ini mempunyai alat pemancar radio (radio transmitter) mereka sendiri yang beroperasi dirumah masing-masing yang mana mereka boleh menghantar dan menerima (transceive and receive) perbualan mereka melalui gelombang udara dengan cara berprosedure mengikut undang-undang.

Rado amatur juga dikenali ramai sebagai HAMS Radio

Radio amatur  (Hams) adalah satu-satunya hobi yang biasanya ditakrifkan oleh Perjanjian Antarabangsa yang disokong oleh seratus lima puluh Negara ahli. Ia ditempatkan dalam Konfren Pentadbiran Radio Dunia yang diadakan di Geneva pada tahun 1979. Apabila radio amatur diertikan semula sebagai "Perkhidmatan perhubungan radio amatur untuk tujuan bagi latihan sendiri, amatur-amatur yang berlesen yang benar-benar berminat dalam teknikal radio, dengan maksud untuk persendirian bukan nya mencari wang atau mendapakan Keuntungan"

Dengan rengkas ia bererti " Latihan bagi perhubungan radio gelombang pendek dua hala (2 ways), bukan sebagai suatu perniagaan akan tetapi sebagai hobi dimasa lapang bagi keselesaan dan berminat dalam teknikal radio, pembinaan dan pengendalian. Juga untuk beramah mesra dengan individu-individu peminat peminat di seluruh Negara ertikata untuk mengeratkan silaturahim".

Istilah amatur sudah tentu berhubungkait kepada mereka yang memiliki lessen-lesen yang rasmi untuk menjalankan / mengandalikan stesen stesen pemancar, walaupun terdapat golongan lain yang baru mengikuti hobi ini seperti pendengar-pendengar yang dikenali pendengar-pendengar gelombang pendek (Short Wave Listerner).

Kerana sifat pembawaan hobi ini radio amatur secara total adalah penuntut-penuntut bagi penyiar radio. Pengetahuan ini membuatkan radio amatur lebih cekap apabila mereka menyumbangkan khidmat mereka kepada Negara masing-masing, sama ada pihak awam mahupun dipihak tentera.

Beberapa tahun yang lalu satu kajian telah dibuat oleh Institut Penyelidikan Stanford di California mengenai dengan radio amatur dimana ternyata keputusannya telah menunjukan bahawa Negara negara yang mendorong pertumbuhan radio amatur ini telah menghasilkan faedah yang besar dari kemahiran pengajian dan mempunyai faedah yang besar dari kemahiran pengajian dan mempunyai faedah dalam mengukuhkan pembangunan perhubungan radio amatur. 

  bYE bYE...