ARC MAIN
AMATEUR ?
PACKET RADIO
NEWS
PHOTO
FAVOURITES
COMMITEE
ADVISOR
REPEATER
Guessbook
WHAT IS PACKET RADIO?

 

Pengenalan radio packet

Radio packet adalah alat komunikasi dalam bentuk digital di dalam Radio Amatur yang berhubung dengan telekomunikasi komputer. Modem telefon adalah digantikan dengan satu kodak 'ajaib' yang dipanggil  "Terminal Node Controller" (TNC) manakala telefon diganti dengan Radio Amatur Transceiver sementara sistem telefoni digantikan pula dengan gelombang radio amatur secara percuma

Ia membolehkan data-data dihantar menggunakan isyarat data digital kepada mana-mana stesen Radio Amatur pada bila-bila masa sahaja. Radio packet ini diberikan nama sedemikian kerana ia berupaya menghantar data dan menerima data dalam bentuk packet yang tidak terlalu panjang.

Namun begitu, jika terdapat data yang agak banyak, ia tetap boleh dihantar pada bila-bila masa. Perkhidmatan ini adalah menyamai dengan E-Mail dalam Internet. Cuma di dalam konsep radio packet ini ia Cuma menggunakan gelombang radio pada frekuensi 144.9 MHz, iaitu frekuensi radio amatur untuk beroperasi.


Sejarah Radio Packet

Data mengenai teknologi packet diperkenalkan pada pertengeahan tahun 1960-an dan ia digunakan dalam aplikasi pratikal di ARPANET yang ditubuhkan pada tahun 1969. Menjelang 1970-an, ALOHANET yang berdasarkan kepada University of Hawaii adalah projek packet radio berskala besar yang pertama diperkenalkan.

Radio packet amatur mula digunakan di Montreal, Canada pada tahun 1978 di mana pemasaran pertamanya adalah pada 31hb Mei. Ini diikuti dengan Vancouver Amateur Digital Communication Group (VADCG) di mana Doug Lockhart dari British Columbia telah menghasilkan satu peranti yang bernama TNC (Terminal Node Controller). Alat ini berfungsi dengan modem untuk menukarkan ASCII kepada ton modulat dan menukarkan semula isyarat nyahmodulat kepada ASCII.


Pada bulan Disember 1980, Hank Magnuski dari San Francisco Bay, Amerika telah membina sebuah pengulang digital berjarak 2 meter dengan menggunakan TNC. Seterusnya beberapa pertubuhan radio amatur telah ditubuhkan seperti Pacific Radio Society (PPRS), Amateur Radio Research and Development Corporation (AMRAD), Tucson Amateur Packet Radio Corporation (TAPR).

Satu perbincangan diadakan dalam perjumpaan yang diadakan oleh Tucson Chapter of the IEEE Computer Cosiety. Seminggu selepas itu, 6 orang ahli yang menghadiri kursus tersebut berkumpul semula untuk membincangkan tentang pembentukkan TNC yang boleh dihasilkan dengan kos yang lebih rendah. Projek ini dilaksanakan oleh Tucson Amateur Packet Radio Corporation (TAPR). Pada 26hb Jun 1982, Lyle Johnson, WA7GXD dan Den Comors, KD2S merintiskan satu perhubungan packet dengan unit TAPR yang pertaman. Projek ini berkembang dari unit ini kepada TNC-1 dan seterusnya kepada TNC-2 yang kebanyakannya digunakan dalam operasi packet zaman sekarang.

[ARC MAIN] [AMATEUR ?] [PACKET RADIO] [NEWS] [PHOTO] [FAVOURITES] [COMMITEE] [ADVISOR] [REPEATER] [Guessbook]

This site was built with the NetObjects Fusion 4.0 Trial.
Download your FREE trial today!